INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

RUMAH RAKYAT KUALA LUKUT


- Anggaran Penduduk adalah seramai 500 orang
- Majoriti Penduduk adalah terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India
- Pekerjaan penduduk adalah dalam sektor kerajaan, industri dan kerja sendiri.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Kota & Muzium Lukut
Alive 3D Art Gallery
Wild West Cowboy Indoor Theme Park
PD Waterfront City

Tempat Makan Yang Menarik

Ijaz Corner
Sri Tanjung Restoran
Wau Restaurant & Cafe
King's Char Kuey Teow

Homestay


Kasih Homestay
No. 199 Bandar SpringHill,
Jalan Springhill 2/3, Port Dickson,
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tel : 013-6122699

The Guest Hotel & Spa
Jalan DS 1/3, Bandar Dataran Segar,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tel : 06-6517799
Fax : 06-6517886
Website : www.guesthotelspa.com
Kemudahan Awam
Balai Polis Lukut
Klinik Kesihatan Lukut
Dewan Badminton Lukut
Hospital Port Dickson
Pendidikan
Tabika Kemas Kuala Lukut
SMK Raja Jumaat Port Dickson
Kolej Vokasional Port Dickson
Kolej UNITI Port Dickson
Kisah Kejayaan
Nama : Nur Aiman Ong Bin Abdullah
Alamat : No 100 Jalan Bayu 6, Taman Sri Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon : 019-6158484
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
En Aiman Ong seorang peniaga sepenuh masa sejak dari tahun 2012 lagi. Beliau telah menjual pelbagai makanan seperti katering makanan dan juga pelbagai jenis kek. Pada Januari 2018, beliau telah membuka sebuah kedai di Lukut Prima berhampiran dengan Tesco Lukut Sdn Bhd.
Pendapatan yang diperolehi sebelum terlibat dengan penglibatan media sosial di Facebook dan WhatApps hanya memperolehi dalam sekitar RM200-RM300 sehari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Selepas mengenali petugas PI Pekan Lukut, En.Aiman Ong dan juga anaknya Cik Ainie Ong diberi tunjuk ajar cara-cara untuk menyiarkan dan mempromosikan Restoran Nasi Ayam Hailam Aiman Ong melalui media sosial Facebook di dalam ‘group’ “Port Dickson Area”. Di situ terdapat lebih 60,000 ahli Port Dickson khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekitar Port Dickson dan Lukut. Apabila diberi persetujuan untuk membuat video dan temubual sebagai salah satu tempat Menarik Di Port Dickson. En Aiman Ong juga menerima pelbagai tempahan dari pelbagai pihak yang secara terus menghubungi beliau, Beliau juga memaklumkan menerima pelbagai kunjungan dari serata penduduk area Port Dickson hasil dari promosi dan video suntingan tersebut.




Nama : Pn. Nairul Izzah Rusdi
Alamat : No 26, Lorong 2, Taman Selasih, Port Dickson, N.Sembilan
No. Telefon : 019-3244618
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Pn Nairul Izzah adalah merupakan seorang Pembantu Tadika KEMAS Batu 3, Kuala Lukut yang juga terletak bersebelahan dengan Pusat Internet Pekan Lukut. Pn Nairul Izzah pada permulaan dalam pengunaan ICT agak kurang mahir dan sering kali bertanyakan bagaimana mengunakan perkhidmatan internet dengan cara yang betul. Beliau juga berada dalam keadaan kurang selasa sekiranya mengunakan komputer atau internet kerana pendedahan yang kurang terhadap dunia teknologi ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Pn Nairul mengikuti pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PI Pekan Lukut. Pn Nairul Izzah dapat mengetahui cara-cara yang betul dalam mengunakan applikasi di dalam Smartphone seperti WhatsApp, Gmail dan juga applikasi lain seperti Microsoft Word & Excel. Beliau juga sekarang mempunyai akaun Facebook secara peribadi.

Keusahawanan
Nama : Zaidee Malik
Alamat : 203, Jalan 3, Tmn Desa Rusa, SiRusa 71050 Port Dickson Negeri Sembilan
No. Telefon : 011-26290155
Facebook : https://web.facebook.com/SeaFreshFoodServices/

Latarbelakang :
En Zaidee merupakan seorang nelayan sejak dari tahun 2016 lagi. Beliau pada mulanya menjual hasil tangkapan kepada orang tengah di Pasar Besar Port Dickson. Kebiasanya tangkapan dari hasil laut itu adalah seperti ketam, udang dan ikan.Beliau juga mahir dalam bidang pembaikan motorsikal dan jentera ringgan untuk sara hidup beliau sekiranya tidak ke laut.

Menjual hasil tangkapan seperti ikan, udang, dan ketam. Menyewa pakai ATV pada ketika tidak turun ke laut untuk perniagaan sampingan pada sesi pagi dan petang terutamanya pada hari Sabtu & Ahad dan juga ketika cuti sekolah.