Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Berita Terkini | September - November 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Berita Terkini | Ogos 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Di PI1M Lukut ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Lukut seperti kelas komputer dan sebagainya... baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya



Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Pertandingan Multimedia Powerpoint – Slide Poster “Menarik di Port Dickson”

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2016

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat anak anak muda yang berada di Kuala Lukut akan pengetahuan untuk membuat Slide Poster mengunakan Microsoft Office”PowerPoint”... baca selanjutnya

Program Advokasi KDB (Klik Dengan Bijak)

Aktiviti Terkini | 07 November 2016

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu tentang “Maklumat Palsu” di kalangan pelajar sekolah... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Lukut

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2016

Hari Terbuka ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama antara penduduk Rumah Rakyat Kuala Lukut dan sekitarnya selain itu dapat juga memperkenalkan PI1M Lukut... baca selanjutnya

Pertandingan Melukis/Menghias Logo Hari Kemerdekaan Ke-59

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2016

Bersempena Bulan Kemerdekaan, pihak PI1M Lukut telah menjalankan satu pertandingan yang bersesuaian dengan tema pada bulan ini... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Upin & Ipin Di Hari Raya

Aktiviti Terkini | 01 Jun 2016

Pertandingan mewarna Upin & Ipin di hari raya bersama murid Tabika Kemas Kuala Lukut... baca selanjutnya

Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2016/span>

Pada 29 Mei yang lalu, satu Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi telah dijalankan... baca selanjutnya

Pengenalan Mengenai Website E-Learning Letzhop kepada murid Tabika Kemas, Kuala Lukut

Aktiviti Terkini | 01 April 2016

Pengenalan Mengenai Website E-Learning Letzhop kepada murid Tabika Kemas, Kuala Lukut... baca selanjutnya